Pembangunan - SRA Kampung Kuantan Klang

Hot

Post Top Ad

Pembangunan

Bil(22)dlm.S/U.PIBG/SRAKK 07/001/01

Assalamualaikum W.b.t

Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan,


MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU SRA KG KUANTAN KLANG.


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang telah bersetuju untuk membina sebuah surau ditanah yang berada di belakang sekolah dengan harga RM300,000.00.


Sehubungan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang ingin memohon sumbangan daripada Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan bagi menampung kos pembinaan sebuah surau sekolah ini demi keselesaan pelajar-pelajar melakukan amali solat dengan sempurna serta aktiviti-aktiviti ilimiah dan perayaan Islam.

Sumbangan boleh dibuat melalui cek kepada PIBG SRA Kg Kuantan dan dialamatkan kepada Sekolah Rendah Agama Kg Kuantan,41300 Klang, Selangor D E atau pindahan antara bank ke No A/C : 1204-0002751-71-5 (Bank Muamalat Klg).Setiap sumbangan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.Sila dapatkan resit daripada pihak pentadbiran sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


1. En Abu Bakar Bin Omar

Pengerusi PIBG SRA Kg. Kuantan, Klang

No Hp: 019-237 3236


2. Pn Hjh Thuraya Bt Sanip

Guru Besar SRA Kg. Kuantan, Klang

No Tel: 03-33440687 (Pejabat)



Keprihatinan,kerjasama,sokongan dan sumbangan yang Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian , wassalam.





KERTAS KERJA


PEMBINAAN SEBUAH SURAU DI SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG (SRA) KUANTAN, KLANG


DISEDIAKAN OLEH:
PIBG SRA KAMPUNG KUANTAN


JUN 2010



1. Pengenalan

Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Kuantan telah dibina pada tahun 1982. Sekolah ini mempunyai keluasan lebih kurang 2 ekar dan mengandungi tiga (3) blok bangunan kelas, bilik guru dan sebuah kantin.

SRA Kampung Kuantan terletak kira-kira 2 kilometer dari bandar Klang dan merupakan satu-satunya sekolah agama di kawasan sekitar Bukit Raja, Kampung Kuantan dan Bukit Kuda.

Jumlah pelajar adalah seramai 700 orang dan guru-guru serta kakitangan seramai 25 orang.

2. Objektif

Mendapatkan peruntukan kewangan daripada pihak MAIS dan orang perseoarangan bagi melaksanakan projek berikut:-

i. Membina sebuah surau di atas tanah yang terletak bersebelahan dengan tapak sekolah sediada.

3. Pembinaan Surau

Jumlah pelajar SRA Kampung Kuantan bagi sesi pagi dan petang adalah seramai 700 orang dan guru-guru seramai 25 orang tetapi sehingga kini tiada kemudahan surau yang sempurna bagi mengerjakan ibadah sembahyang dan aktiviti-aktiviti praktikal.

Buat masa sekarang sebuah kelas kecil ditingkat satu telah dijadikan surau untuk para pelajar dan guru-guru mengerjakan sembahyang. Buat masa ini tiada kemudahan mengambil wuduk, oleh yang demikian para pelajar dan guru-guru terpaksa mengambil wuduk di dalam tandas yang terletak di tingkat bawah.

Memadangkan jumlah pelajar sekolah ini bertambah dari tahun ketahun, adalah wajar jika sebuah surau lelaki dan perempuan dapat dibina di kawasan tapak tanah yang akan dibeli kelak.

Keluasan surau yang bakal dibina yang dicadangkan adalah 29.5 m x 13 m yang bakal menempatkan dewan sembahyang, ruang sembahyang perempuan, kawasan wuduk yang berasingan untuk pelajar lelaki dan wanita.

Sila rujuk kepada lukisan pelan seperti berikut:-

i) No. Lukisan SRA/KK/001/A – Cadangan Tapak Surau
ii) No. Lukisan SRA/KK/001/B – Pelan Surau
iii) No. Lukisan SRA/KK/001/C – Pandangan Depan, Belakang dan Sisi




4. Keterangan Cadangan Tapak Surau

Keluasan tanah yang dicadangkan adalah sekitar setengah ekar. Cadangan tapak surau terletak bersebelahan dengan sekolah sedia ada dan merupakan lot perumahan perseorangan. Status tanah tersebut merupakan tanah pertanian dan kawasan tapak merupakan tanah kosong yang telah di beli dengan harga RM 90,000. Gambar-gambar tapak tanah diambil pada 12 Mac 2010 dan 29 Jun 2010 dilampirkan untuk rujukan.

5. Jawatankuasa

Penaung
Y.Bhg. Datuk Ketua Kampung – Tuan Mohd Jamil Bin Haron

Penasihat
Guru Besar – Ustazah Hjh Thuraiya Binti Sanip

Pengerusi
YDP Abu Bakar Bin Omar

Timbalan Pengerusi
En. Aziz Bin Ismail

Setiausaha I
Puan Zarah Binti Said

Setiausaha II/ Sekreteriat
En. Mohd Shazemie Ikmal Mohd Raimi

Bendahari
Ustazah Nor Aziah Binti Yahya

Jawatankuasa Bertindak
En. Hj Azhar Hj Ismail
En. Jamaluddin Idris
En. Zahrol Ahmat


6. Bajet

Angaran kos pembinaan surau adalah seperti berikut;


Bil
Perkara
Kuantiti
Unit
Harga
Jumlah
(RM)







Pembinaan Surau Lelaki dan Perempuan




1.
Sivil dan Struktur
1 lot
lump
sum
150,000
2.
M&E
1 lot
lump
sum
150,000







JUMLAH



300,000


Jangkaan pendapatan bagi menampung kos pembelian tanah dan pembinaan surau seperti berikut:

Bil
Perkara

Jumlah
(RM)
1.
Kewangan sedia ada
5,000
2.
Akan dipohon dari MAIS
50,000
3.
Kutipan derma orang ramai
245,000

JUMLAH
300,000


7. Jadual Kerja
Aktiviti
Ogo 10
Sep 10
Okt 10
Nov 10
Dec 10
Jan 11
Feb 11
Mac 11
April
11
May 11
Jun 11
Julai 11
Ogos 11
Sep 11
Okt 11
Nov
11
Penyerahan Cadangan
x















Kelulusan

x
x














Perbincangan bersama tuan tanah dan penukaran hak milik
x
x
x
x
x











Kelulusan pelan dari MPK




x
x










Tambak tanah dan “Piling”






x
x








Pembinaan Surau








x
x
x
x
x
x
x
x



8.      Tindakan Yang Telah Dilaksanakan oleh Pihak PIBG

i.         PIBG dan pihak sekolah telah membeli tapak tanah bagi pembinaan surau dengan harga RM 90,000.00
ii.       PIBG telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 5,000.00
iii.      PIBG telah berbincang dengan pihak MAIS dan akan mengemukan kertas kerja secepat mungkin untuk memohon bantuan dana sebanyak RM 50,000.00
iv.     PIBG telah mengedarkan surat sumbangan kepada pihak dermawan.

9.      Penutup

Semoga cadangan ini mendapat pertimbangan yang sewajar dari pihak tuan.


SEKITAR PERKEMBANGAN PEMBINAAN SURAU  



http://srakampungkuantanklang.blogspot.com/2011/11/perkembangan-pembinaan-surau.html





Post Top Ad