Kejohanan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2011 - SRA Kampung Kuantan Klang

Hot

Post Top Ad

Ahad

Kejohanan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2011

Kejohanan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat daerah Klang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Sungai Udang pada 23 dan 24 April 2011. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti nasyid, marhaban, pidato, hafazan, kalam jamaie dan khutbah. Acara -acara tersebut disertai oleh 3,600 orang pelajar dari 54 buah sekolah rendah agama diseluruh daerah Klang. Perasmian Kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada jam 3.00 petang 23 April. Kejohanan ini diserikan dengan gerai-gerai jualan hasil produk kampung dan disertai oleh Tabung Haji, BSN dan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Post Top Ad